"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau anak engkau Najib?!

dewa
Najib Razak mempertahankan tindakan biadap Ketua Polis Negara yang mengugut hendak membatalkan roadblock dan operasi polis sekiranya masyarakat tidak berhenti mengkritik pembunuhan kejam budak 15 tahun yang berlaku baru-baru ini. Persoalan penulis di sini, adakah Najib akan membuat kenyataan yang sama sekiranya anak Najib sendiri yang ditembak mati oleh polis tersebut? Kenyataan b**** Najib disertakan:

“Kita tidak boleh suruh Ketua Polis Negara lepaskan jawatan hanya kerana satu insiden, apa lagi jika insiden itu bukan tanggungjawab langsung (direct responsibility) beliau. Dalam mana-mana organisasi ada ramai anggota... melainkan ia tanggungjawab langsung Ketua Polis Negara, ia perkara lain,” katanya (dilapor oleh Berita Harian).

Ini berbeza dengan Saidina Umar yang menangis kerana khuatir seekor unta atau kuda mungkin terseliuh kakinya di kawasan yang jauh lalu Saidina UMNO dipersalahkan di akhirat kelak.

Ayat Najib ini terpakai untuk dirinya. Sekalipun berdozen ahli UMNO yang rasuah, dirinya sedikitpun tidak terasa. Not responsible kata orang putih.

Sejak Najib memerintah, Malaysia dipenuhi dengan pelbagai siri pembunuhan dan kematian. Teoh, Model Monggolia, Kugan, Aminulrashid, Siva Pandian dan sebagainya.

Berhati-hati bila berbicara. Susah nak jawab di akhirat kelak..

Tiada ulasan: