"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pramugari MAS mati diserang dan dicampakkan keluar tingkap di Amsterdam

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Polis Belanda menyatakan kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS) Chin Swee Len di tempat letak kereta di Radisson Hotel, Amsterdam, pagi Jumaat lepas adalah akibat perbuatan jenayah.

Jurucakap Wisma Putra berkata hari ini polis negara itu memberitahu pihak kementerian bahawa buat masa ini belum ada maklumat lanjut berhubung kematian Chin.

Mayat Chin, 34, ditemui pada kira-kira 9 pagi hari tersebut, oleh tetamu hotel dan sebelum itu beliau dipercayai telah diserang dan dicampakkan keluar tingkap dari bilik di tingkat empat hotel tempat beliau menginap.

Biliknya dilaporkan telah dipecah masuk dan digeledah.

Beliau dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Malaysia dengan penerbangan MAS MH17 pada hari yang sama iaitu 14 Jan.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklum balas dari polis Amsterdam berhubung kes tersebut, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail.
-Bernama-

Tiada ulasan: