"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tujuh nama dicadangkan anggotai suruhanjaya Teoh

Kumpulan masyarakat sivil hari ini mencadangkan beberapa nama yang didakwa “berpotensi dilantik sebagai pesuruhjaya” bagi mengetuai dan menganggotai suruhanjaya diraja yang bakal ditubuhkan berhubung kematian seorang pembantu politik, Teoh Beng Hock.

azlanDalam kenyataan bersama hari ini, beberapa kumpulan masyarakat sivil termasuk 'Malaysians for Teoh Beng Hock Movement', 'Lawyers for Liberty' dan Majlis Peguam membuat senarai cadangan pesuruhjaya pilihan mereka.

Mereka juga mencadangkan sebuah panel terdiri daripada beberapa individu, termasuk wakil keluarga Teoh, majlis Peguam, kerajaan negeri Selangor dan komuniti hak asasi manusia diwakili dalam penubuhan RCI itu.

Ini, kata mereka bagi menjamin semua pihak dirujuk dan kredibiliti suruhanjaya itu terpelihara.

Mereka yang dicadangkan termasuk bekas timbalan perdana menteri dan pengerusi Suhakam, Tun Musa Hitam, bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenivasan dan Raja Aziz Addruse serta hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan.

Selain itu, kumpulan berkenaan juga mencadangkan bekas ketua polis negara, Tun Haniff Omar; pengarah Tenaganita, Irene Fernandez dan bekas presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Ronald McCoy.

NONETeoh, 30 diheret oleh SPRM pada Julai 2009 untuk disoal-siasat berhubung beberapa dakwaan tindakan 'mencurigakan' dalam kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima koridor Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoalsiasat oleh SPRM Selangor yang pejabatnya terletak di tingkat 14 bangunan yang sama.

Minggu lalu, Koroner Azmil Muntapha Abas mengisytiharkan penghakiman terbuka berhubung punca kematian Teoh setelah inkues berjalan selama 18 bulan.

NONE
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, kemudiannya pada 7 Januari lalu mengumumkan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat sama ada wujud pencabulan hak asasi dalam proses soal siasat mendiang Teoh.

Suruhanjaya yang akan diwujudkan dengan terma-terma khusus itu, akan "meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: