"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wartawan hiburan gay maut kemaluan dipotong kekasih akibat cemburu

NEW YORK: Seorang wartawan hiburan Portugal, Carlos Castro, ditemui mati dengan kesan kembiri di sebuah hotel di New York City, semalam.

Teman Castro, seorang model lelaki dan baru saja menyertai pertandingan realiti di televisyen Portugal ditahan untuk membantu siasatan.

Menurut sumber, Castro, 65, tiba di AS akhir bulan lalu bersama kekasih gaynya, Renato Seabra, untuk menyaksikan pertunjukan Broadway.

Mereka juga menyambut tahun baru di Times Square bersama.

Bagaimanapun, Castro dan Seabra berselisih faham di hujung tetapi tiada sesiapa menyangka ia akan berakhir dengan tragedi.

Editor akhbar Luso-Americano, Luis Pires, berkata kemungkinan kedua-dua mereka bertengkar kerana cemburu.

“Apabila Castro bertemu anak perempuan saya untuk makan malam, Seabra tiba-tiba muncul di lobi hotel dan berkelakuan aneh.

“Dia juga memberitahu anak saya, Castro tidak akan meninggalkan hotel itu untuk selama-lamanya,” katanya.

Laporan dibuat kepada pengurus hotel dan apabila pengawal keselamatan membuat pemeriksaan di bilik Castro kira-kira jam 7 malam, mereka menemui mayat wartawan berkenaan.

Polis berkata, selain kemaluannya dipotong, Castro mengalami kesan pukulan serius di kepala. Selain menjadi kolumnis terkenal di akhbar Portugal, Castro dikagumi atas keberaniannya mengaku gay.
-AP-

Tiada ulasan: