"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Bar raba' diserbu penguat kuasa

RAIS YEOP JOHARI

SEBAHAGIAN daripada 19 GRO warga asing yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Utam Singh, Seremban kelmarin.


SEREMBAN: Polis menyerbu sebuah pusat hiburan yang dikenali sebagai ‘bar raba’ yang terletak di Jalan Utam Singh di sini malam kelmarin dan menahan 19 wanita warga asing dipercayai pegawai perkhidmatan pelanggan (GRO).

Kesemua wanita yang berusia antara 29 hingga 48 tahun itu ditahan pada pukul 9 malam oleh sepasukan polis daripada Bahagian Anti Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Negeri Sembilan.

Turut ditahan dalam operasi sama ialah tiga wanita rakyat tempatan berusia lingkungan 40-an dipercayai ‘ibu ayam’ yang menjadi pelindung kepada GRO terbabit.

Pegawai Operasi D7 Negeri Sembilan, Cif Inspektor Hasbullah Hamzah berkata, kesemua GRO yang ditahan itu terdiri daripada 15 warga China manakala empat lagi merupakan warga Vietnam.
-kosmo-

Tiada ulasan: