"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Disko Makkah Mendapat Kecaman

Ustaz Saiful bahri
Untuk menghalang Rasulullah Saw daripada dakwahnya yang semakin diterima ramai di Madinah, Kaab bin Asraf, pembesar Yahudi Madinah pernah mengupah hamba sahaya perempuan untuk menyanyi bersebelahan tempat Rasulullah membacakan al-Quran dengan harapan orang-ramai akan terpengaruh khususnya anak muda dan meninggalkan dakwah Rasulullah Saw. Tetapi mereka silap. Walaupun mereka merancang untuk memadam cahaya Islam, Allah melebar luaskan lagi cahayanya.

Kalau zaman sekarang… buat konsert, Jom heboh yang bertujuan untuk melalaikan anak muda dan menjauhi daripada gerakan Islam, Pas. Adakah mereka berjaya??? Kini artis pulak menjadi ahli seumur hidup Pas!!!

AGUILAS - Sebuah disko di Spanyol yang menggunakan nama Makkah, membangkit kemarahan umat Islam. Disko tersebut terletak di kota Aguilas, Murcia, selatan Spanyol, diberi nama La Meca dan bangunannya pun mirip dengan masjid. Ia dianggap menghina orang Islam, seperti bentuk kubah dengan bulan sabit di atasnya dan terdapat ayat-ayat Al-Qur'an di dalamnya.

"Ini adalah suatu penghinaan," ungkap Mohammed Reda e-Qady, Setiausaha Persatuan Masyarakat Islam Murcia, seperti yang disiarkan northjersey.com. Masyarakat luar yang ingin melaksanakan solat juga kekadang tersalah mengunjunginya akibat terkeliru oleh bentuk bangunannya.

Kewujudan disko ini terus mendapat kecaman dari umat Islam Spanyol sejak pertama digunakan. Kecaman kali ini datang dari Ketua Gabungan Masyarakat Muslim Spanyol, Mohamed Ali. La Meca bagi umat Islam Spanyol bererti Makkah. "Umat Islam solat mengadap ke Ka'bah di Makkah dan di sanalah Nabi Muhammad SAW menerima al-Quran yang suci. Sementara disko itu tempat untuk minum arak dan berjoget-joget. Nama disko itu ingin mengabaikan perasaan umat Islam,'' Mohamed Ali kembali mengingatkan bahwa Makkah adalah daerah paling disucikan umat Islam dari penjuru dunia.. kecam Mohamed Ali, seperti ditulis Andalus Press.

Spanyol yang dahulunya merupakan negeri dibawah pemerintahan Islam dikenali sebagai Andalusia yang Islam memerintah 700 tahun tetapi akhirnya tumbang akibat daripada pemerintahan dan rakyatnya yang meninggalkan ajaran Islam dan menjadi lemah lalu dikalahkan oleh tentera salibiyyah. Hari ini timbulnya kebangkitan semula cahaya Islam di Eropah termasuklah di Spanyol lalu timbullah pelbagai provokasi dan penentangan.

Sebenarnya tidak mengherankan kerana kerja musuh Islam khususnya Yahudi & Nasara untuk menyakiti umat Islam dan menyesatkan manusia ini tetapi yang kita terlebih heran, jika umat Islam sendiri yang berusaha menjadi batu penghalang tertegaknya Islam sebagai kuasa pemerintahan. Mereka yang bersembahyang siang dan malam tetapi tidak yakin kepada Islam untuk memerintah. Disko mereka bina... masjid mereka runtuhkan!!!

Tiada ulasan: