"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saksi kes kematian tahanan polis buat laporan

Seorang saksi yang mendakwa melihat seorang lelaki dipukul sehingga mati ketika dalam tahanan polis, hari ini membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

NONEDengan diiringi peguam daripada Lawyers for Liberty, N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri, saksi berkenaan, A Sargunan tampil di balai polis Dang Wangi membuat laporan, petang tadi.

Namun, kejadian itu penuh drama apabila rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa, M Krishnan juga berkumpul di balai polis itu yang terletak di tengah-tengah ibu negara.

Lebih 20 daripada mereka membawa kain rentang yang tertera “ Keadilan untuk Krishnan” tetapi diarahkan bersurai oleh anggota polis yang sama ramainya.

NONEKetegangan berlaku seketika apabila rundingan dilakukan oleh ahli parlimen Subang R Sivarasa dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam dengan pihak polis. Selepas berunding, mereka dibenarkan menunggu di luar sementara laporan polis dibuat oleh saksi.

Krishnan, 36 tahun, seorang juruelektrik ditahan di Taman Miharja pada 3 Januari lalu kerana disyaki terbabit dengan kegiatan dadah dan direman selama empat hari di balai polis Bukit Jalil.

NONEMenurut saksi, mendiang dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, tiga hari kemudian selepas mengadu sakit perut.

Namun, Krishnan diisytiharkan mati keesokan hari. Pihak hospital melaporkan mendiang mati kerana mengalami luka dalam perut.

Isteri mendiang P Revathi, 38, bagaimanapun menolak laporan itu sebagai mencurigakan.

NONE"Selepas meninggal, bedah siasat dibuat tanpa izin saya. Siapa yang benarkan hospital buat post-mortem? Saya ada enam orang anak, siapa mau tanggung mereka sekarang ini?" soal beliau.

Keluarga mangsa memfailkan satu laporan polis di balai Jinjang, semalam.

Menurut Revathi, tiada seorang daripada ahli keluarga yang mengetahui suaminya ditahan polis. Mereka hanya mengetahui mengenai kematian Krishnan daripada seorang saksi kejadian.Dakwanya, di bilik mayat, beliau terkejut melihat kesan koyak pada rusuk mangsa yang disertai lebam pada mata, dan belakang tubuh yang dipercayai akibat kesan dipijak.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: