Lima anggota polis hari ini dihadapkan ke mahkamah majistret Petaling Jaya hari ini berhubung dakwaan membelasah ahli perniagaan Chia Buang Hing.
Daripada lima anggota itu, empat konstabel didakwa mengikut seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana dakwaan mencederakan mangsa.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Chia di balai polis Kota Damansara daripada jam 12.30 pagi hingga 3 pagi pada 19 Disember tahun lalu.
Keempat-empat konstabel itu adalah Mohd Azwan Hassan, Norzali Rosle, Ahmad Saifullah Osman and Alizulhafiz Abdul Ghafar.
Mohd Azwan dan Norzali menghadapi pertuduhan kedua atas akta yang sama kerana mencederakan Chia di Jalan PJU 3/15, Persiaran Tropicana, Petaling Jaya antara jam 11.30 malam 18 Disember hingga 12.30 awal pagi hari keesokannya.
Keempat-empat mereka mohon dibicarakan. Jika bersalah mereka boleh dipenjarakan maksimun setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Seorang lagi anggota yang didaakwa adalah lans korporal Mohadi Adam yang didakwa mengikut seksyen 166, Kanun Kesiksaan kerana tidak mematuhi undang-undang dalam usaha untuk mencederakan pengadu.
Mohadi mohon dibicarakan. Jika bersalah dia menghadapi hukuman penjara maksimun setahun, denda dan juga kedua-duanya.
Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan tidak menetapkan sebarang ikat jamin bagi pembebasan kelima-lima mereka sementara menunggu perbicaraan yang ditetapkan pada 14 februari depan.Chia sebelum ini juga mendakwa anggota polis berkenaan bukan sahaja menyerang tetapi merompak wang tunai RM13,000 daripadanya.

-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan