"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahkamah bebas 10 aktivis Bersih

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 4 April:
Mahkamah Seksyen Jenayah 3 Jalan Duta di sini membebaskan 10 aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan di pekarangan bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007 lepas.

Hakim Fathiyah Idris semasa membuat keputusan itu kira-kira jam 10.30 pagi tadi menyatakan pihak pendakwa gagal membuktikan wujudnya perhimpunan pada hari itu dan tangkapan terhadap 10 tertuduh adalah tidak sah.

Antara mereka yang ditahan kerana dituduh menyertai perhimpunan itu ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Ustazah Nuridah Salleh, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dan Dr Mohd Nasir Hashim.

Mereka mendesak kerajaan supaya tidak melanjutkan khidmat Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu itu.

Tiada ulasan: