"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki cuba buang mayat teman wanita Indonesia ditahan

SEREMBAN, 2 Mei: Seorang lelaki cuba membuang mayat teman wanitanya selepas dibunuhnya di kawasan Nilai Spring di sini malam tadi.

Namun cubaannya itu dikesan oleh dua anggota polis dalam sebuah kereta peronda kira-kira 10 malam.

“Lelaki tersebut yang memandu kereta Kancil didapati membaringkan mayat wanita itu di tempat duduk penumpang di sebelahnya.

“Ketika dia berpusing-pusing dipercayai sedang mencari tempat untuk membuang mayat itu, sebuah kereta peronda polis yang mengesyaki sesuatu telah mengekorinya,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, ACP Mohd Zaki Masroh.

“Menyedari dia sedang diekori, lelaki berusia 30-an itu terus memecut keretanya dengan dikejar oleh anggota polis selama beberapa minit sebelum keretanya terbabas.

“Ketika dapat ditahan, polis mendapati seorang wanita yang lengkap berpakaian sedang berbaring di tempat duduk sebelah. Ketika disoal, lelaki itu memberi alasan bahawa teman wanitanya sedang pengsan,” katanya.

Mohd Zaki berkata namun ketika diperiksa, polis mendapati wanita itu yang dipercayai berasal dari Indonesia sudah pun meninggal dunia dan turut terdapat kesan jerutan pada lehernya.

Lelaki itu akhirnya mengaku telah membunuh teman wanitanya itu selepas mereka terlibat dalam satu pertengkaran sebelum itu, katanya.

-Bernama-

1 ulasan:

Guru berkata...

macam2 hal...