Kisah anggota polis yang dirempuh semasa sekatan jalanraya.
Tertarik dengan berita ini sama ada wartawan Metro tersalah tulis or saya yang tersalah baca.
Ok Kita tengok statement ini:
“Ini kejadian kali ketiga sepanjang saya bertugas hampir 30 tahun dan kejadian inilah yang paling teruk. Namun, saya bersyukur masih dipanjangkan umur,” katanya. Bapa kepada enam anak itu berkata, tragedi menimpanya tidak akan melemahkan semangat untuk terus bertugas dalam pasukan keselamatan.
Ok Kita tengok lak statement ni.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, Sarjan Roslan Bachik, 39,yang bertugas di Balai Polis Seri Kembangan, dekat sini, dikatakan menyusun kon sebaik selesai menjalankan operasi kesedaran undang-undang sebelum dirempuh motosikal ditunggang laju.
Tidakkah itu bermakna Tuan Sarjan ni join polis waktu berumur 9 tahun. Kadang2 tu saya konfius ngan akhbar ni. Biasalah wartawan pun manusia biasa juga kadangkala buat silap
*klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
1 ulasan:
typo error la tu...tp kadang2 terfikir jugak...mungkin Allah nk tunjukkan bahawa media arus perdana ni sering memutarbelitkan isu2 yg berkaitan hal2 politik terutamanya pada pihak pembangkang.
Catat Ulasan