"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Di Malaysia bukan tak boleh cakap apa-apa, cuma jangan fitnah dan caci maki orang lain

Di Malaysia tak boleh cakap apa-apa, dakwa Sanusi
Sanusi Nor berkata, dakwaan hasutan terhadapnya bermotifkan politik menjelang PRN enam negeri pada 12 Ogos ini.

Samuel Chua

SELAYANG: Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor mendakwa kerajaan menyekat kebebasan bersuara susulan dua pertuduhan menghasut terhadap raja yang dihadapinya hari ini.

Pengarah pilihan raya Perikatan Nasional itu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan hasutan di mahkamah berasingan berkaitan ucapannya dalam sebuah ceramah di Gombak pada 11 Julai lalu.

Kedua-dua hakim turut melaksanakan perintah larangan bersuara bagi menghalang Sanusi membuat sebarang komen berhubung kes itu.

Bercakap di luar mahkamah, Sanusi mendakwa pertuduhan terhadapnya bermotifkan politik menjelang PRN enam negeri pada 12 Ogos ini.

“Nampaknya di Malaysia tak boleh cakap apa-apa.

“Kalau di medan politik, biasanya orang selesaikan masalah dengan memberi hujah balas, tetapi di Malaysia, kita ada kerajaan yang takut, yang guna polis untuk tahan atau sekat ucapan kita.

“Semua agensi awam akan digunakan untuk menyekat perkembangan dan kesejahteraan rakyat.

“Saya yakin dengan pendakwaan ini, ramai rakyat Malaysia memahami tujuan, hasrat sebenar mereka (kerajaan).”

Tiada ulasan: