"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar Tingkatan Satu maut disyaki terjatuh bangunan sekolah

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pelajar Tingkatan Satu di Melaka maut dipercayai terjatuh dari tingkat dua sekolahnya.

Pelajar perempuan itu ditemukan oleh tukang kebun dalam keadaan terlungkup di kaki lima bangunan sekolah itu pada 2.31 petang, menurut Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kelas mangsa berada di tingkat dua bangunan sekolah tiga tingkat itu.

“Kejadian dipercayai berlaku di tingkat dua bangunan tersebut selepas pasukan penyiasat menemukan kasut pelajar terbabit di kaki lima aras sama,” katanya, lapor Bernama.

Katanya lagi, tiada saksi yang melihat kejadian dan tiada kesan perbuatan jenayah ditemukan di sekitar kawasan terbabit.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan motif kejadian masih disiasat.

Tiada ulasan: