"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 beranak didakwa rogol remaja dalam kereta

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas dan anaknya didakwa di Mahkamah Majistret Muar atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam sebuah kereta di Kluang, Johor enam tahun lalu.

Bagaimanapun, Mohd Hashim Saidin, 77, dan anaknya lelakinya yang berusia 16 tahun ketika kejadian mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Abu Bakar Manat, lapor Harian Metro.

Mengikut pertuduhan, anak Hashim yang kini berusia 21 tahun merogol seorang remaja perempuan di dalam sebuah kereta di Jalan Kinabalu, Kluang pada jam 5.15 petang, 25 Mei 2017.

Hashim kemudiannya turut merogol mangsa sama di dalam kereta di kawasan lapang dekat Kampung Abdul Rahman Yasin, Kluang pada jam 6 petang pada hari yang sama.

Dua beranak didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan 10 kali.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Ogos ini sebutan semula kes dan mengarahkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin masing-masing RM12,000 dan RM15,000.

Bagaimanapun, dua beranak itu terpaksa ditahan di penjara selepas gagal membayar ikat jamin tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada ulasan: