"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sanusi bunyi macam hebat sangat tapi apasal semua panggilan dari polis tak jawab

Sanusi ditahan awal pagi lepas semua panggilan polis kena ' reject'
Hariz Mohd

Polis hari ini menjelaskan, Muhammad Sanusi Md Nor ditangkap pada awal pagi selepas beberapa panggilan telefon yang dibuat kepada menteri besar sementara Kedah itu ditolak.

Menurut Ketua Polis Negara Razarudin Husain pihak berkuasa pada awalnya meminta bantuan daripada Kedah semalam namun ahli politik terbabit didapati tiada di negeri itu.

Kemudian katanya mereka mendapat tahu Sanusi akan hadir untuk satu program bersama Astro Awani pada jam 10 malam namun pemantauan yang dibuat mendapati tiada kelibatnya di situ.

Justeru usaha menghubungi Sanusi bagi memaklumkan keperluan dia hadir di mahkamah telah dibuat melalui telefon tetapi ia gagal apabila semua panggilan berkenaan ditolak.

"Panggilan juga dibuat kepada setiausaha sulit kanan dan setiausaha politik beliau namun semua panggilan tersebut di-reject (ditolak),” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman petang ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay.

Jelas Razarudin, berdasarkan laporan berita Sanusi mendakwa dia tidak dimaklumkan akan didakwa namun sebenarnya usaha polis menghubungi pengarah pilihan raya PN itu yang ditolak.

Terdahulu Sanusi diberkas sepasukan anggota polis di sebuah presmis di Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi dan ia mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak.

Semalam media melaporkan watak utama yang sering muncul dalam ceramah politik PN itu akan didakwa ekoran kenyataannya yang menyentuh isu raja-raja Melayu.

Dapat kesan di Mont Kiara

Pada 11 Julai lalu di Selayang Sanusi menyampaikan ucapan - antara lain - mendakwa Yang di-Petuan Agong tidak menitahkan pembentukan kerajaan perpaduan.

Dia juga membandingkan peranan sultan dalam pelantikan menteri besar di Kedah serta Selangor.

Ia kemudian mendorong pelbagai pihak mengadukan ucapan Sanusi itu kepada polis. Antara mereka termasuklah ahli Dewan Diraja Selangor sendiri yang menggesa pihak berkuasa bertindak ke atas ahli politik terbabit.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga menzahirkan kenyataan bahawa isu Sanusi belum selesai di sebalik kenyataan ahli politik itu yang dia sudah mengutus surat memohon maaf kepada pihak istana.

Kata Razaruddin arahan untuk mendakwa Sanusi hari ini diterima daripada Jabatan Peguam Negara semalam.

Menurutnya lagi polis menerima 58 laporan berkenaan Sanusi di seluruh negara, termasuk daripada ahli Dewan Diraja Selangor sendiri.

"Kita lihat bahawa sifat sifat kes ini atau kecenderungan kes ini ialah menghina atau memberi bangkit marah isu-isu institusi diraja.

"Maka disebabkan kita (polis) tidak dapat menelefon dia bagi memaklumkan mengenai pendakwaan di mahkamah, kita cuba mencari dan dapat jumpa beliau kira-kira jam 2.30 pagi di kawasan Month Kiara," katanya.

Mempertahankan tindakan polis, Razarudin berkata Sanusi disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, iaitu kesalahan yang membolehkan seseorang tangkap.

“Sebenarnya, kalau tanya saya, polis boleh tangkap dia bila-bila masa tetapi kami juga ada budi bicara kami.

"Kami hanya menahan menteri besar (sementara) Kedah itu selepas kami bimbang dia mungkin tidak hadir ke mahkamah hari ini," katanya.

Menurut pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia itu, selepas menahan Sanusi awal pagi tadi polis turut merakam kenyataannya berhubung satu lagi kes yang sedang mereka siasat.

Katanya ia membabitkan laporan polis yang dibuat pada 14 Julai lalu namun butiran lanjut mengenainya tidak didedahkan setakat ini.

Tiada ulasan: