Mohd Sayuti Omar
Mari kita buat analisa untuk mengenali siapa orang politik di negara ini paling jahat dan khianat dalam konteks politik.
Nama³ yang kita kaji ialah Mahathir Mohamad, Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi, Mahiaddin Yassin dan Najib Razak.
Kita khusus kepada nama² ini dulu. Mereka adalah layer utama.
Mahathir dianggap jahat dan kejam apabila menganiaya Anwar. Dia pecat Anwar kemudian memperjarakan Anwar untuk selamat diri. Dia juga dianggap khianat apabila berusaha tumbangkan orang² yang diberi laluan Abdullah Badawi dan Najib Razak apabila orang itu tidak memenuhi kehendaknya.
Hadi juga dianggap khianat kerana tidak konsisten dalam menjalani pakatan politik. Dia sering bertukar pasangan. Perbuatan Hadi dilihat kerana kegagalan membaca peta politik. Strategi politiknya lemah dan boleh diperalatkan musuh dengan mudah. Hadi dilihat khianat kerana kedangkalannya. Khianat paling ketara olehnya dalam peralatkan agama.
Anwar juga dianggap khianat kerana menyerang Mahathir. Dituduh buat gerakan Reformasi untuk jatuhkan Mahathir. Bagaimana pun kejahatan itu terbalas apabila beliau berbaik dengan Mahatihir sehingga Mahathir jadi PM sekali lagi. Kejelekan kepada Anwar ialah sifat hipokrasinya.
Najib tidak terbabit dalam menjatuhi sesiapa. Dosa Najib hanya 1MDB yang tercatat sebagai skandal kewangan terhebat di dunia. Begitu juga dengan Zahid dia bukan pengkhianat tetapi kesetiaannya diragui dan kualiti politiknya rendah.
Berbeza dengan Mahiaddin. Dia dilihat tenang tetapi ada agenda tersendiri. Seorang politis tidak jujur dan tidak setia dan berambisi. Sekurang² dua orang jadi mangsanya dan diseterunya, Abdullah Badawi dan Najib Razak yang dikhiantinya.
Kemudian Mahathir juga turut dikhianati apabila disingkir dari jawatan PM. Anwar yang kini jadi PM sedang dikhianatinya bersekongkol dengan Mahathir dan Hadi Awang.
Kesimpulannya orang licit, paling banyak melakukan pengkhianatan dan tidak jujur ialah Mahiaddin bin Yassin. Trims.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan