FMT Reporters
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin menasihatkan Sanusi Nor supaya lebih beradab di pentas politik dengan tidak terlalu terbawa-bawa perwatakan bravado yang cukup sinonim dengannya.
Khairy berkata berkata maklum balas terhadap menteri besar Kedah berkenaan di kalangan audien cukup baik selepas keluar dalam podcast Keluar Sekejap, Khamis lalu namun terjejas ekoran kenyataan memperlekeh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan menteri besar.
Menurut bekas menteri kesihatan itu, walaupun Sanusi mendakwa kenyataannya telah diputar belit namun ia jelas merujuk kepada Sultan Selangor menyebabkannya disiasat susulan laporan polis pelbagai pihak.
Khairy berkata, malah Mursyidul Am PAS Hashim Jasin turut menegur Sanusi supaya menjaga adab dan percakapan di pentas politik.
“Saya nak cakap kepada MB Sanusi, kalau dia menjaga adab sedikit tak hilang bisanya…saya tahu beliau ada sedikit karakter bravado (berani).
“Kalau dia jaga adab sikit dan percakapannya, ia tidak akan pun beri kesan kepada perwatakan ‘gung-ho’ yang menggambarkan dirinya sendiri dan diminati ramai orang,” katanya pada episod baharu podcast Keluar Sekejap.
Sementara itu, bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan menyifatkan Sanusi cuai sehingga mengeluarkan kenyataan yang telah mengguris hati institusi raja dan rakyat Selangor.
Dalam ucapannya yang tular, Sanusi dipaparkan seolah-olah menyentuh tentang perkenan Sultan Selangor, berkait pelantikan “menteri besar cokia (tiada kualiti)”.
“Bukan koman-koman (lekeh), sultan setara itu hangpa bayang dan tengok menteri besar (merujuk dirinya), sultan hebat macam itu tak akan pilih menteri besar cokia macam Amir (Amirudin Shari). Inci pun tak berapa cukup,” katanya.
Susulan itu, polis menyiasatnya pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) atas kesalahan berkaitan kaum (race), agama (religion), dan raja (royalty) atau 3R.
Pada Jumaat, Sanusi telah mengutuskan warkah memohon keampunan kepada Sultan Selangor dan menjelaskan maksud sebenar ucapannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan