"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mantan menteri KDN: Saifuddin rayu batal keputusan pemilihan PKR bila kalah pada Rafizi

Dineskumar Ragu

ALOR SETAR: Bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin mendakwa Saifuddin Nasution Ismail pernah merayu kepada beliau untuk membatalkan keputusan pemilihan PKR pada 2022 selepas tewas kepada Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti itu.

Pada pemilihan PKR pada tahun lalu itu, Rafizi menewaskan Saifuddin dengan majoriti yang besar.

Mendedahkan perkara itu dalam satu ceramah di Sik, Kedah, Hamzah berkata Saifuddin ada berjumpa dengannya lepas seminggu kalah dan menghantar surat memohon keputusan pemilihan tersebut dibatalkan.

“Saifuddin Nasution, jangan lupa, selepas seminggu kamu kalah, kamu jumpa saya hantar surat tolong batalkan pemilihan PKR.

“Surat ada pada saya,” katanya sambil menunjukkan surat berkenaan kepada hadirin.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang memantau parti politik adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Tiada ulasan: