"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua penerangan PN Kedah nafi beri wang untuk undi

FMT Reporters

TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamh selepas mengaku bersalah merogol dua anak. FOTO Alias Abd Rani

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Kedah, Khairul Anuar Ramli nafi dakwaan ada menawarkan wang tunai kepada pengundi sebagai “tukaran kepada undi” menjelang PRN.

Awal hari ini, seorang warganet memuatnaik hantaran di Twitter mendakwa ibunya diziarahi sekumpulan ahli Bersatu, menyerahkan warga emas itu sampul duit diisi RM50.

“Belum lagi masuk ‘time’ (masa) berkempen dah datang rumah bagi duit…kata kat mak suh (suruh) undi yang dalam gambar itu (merujuk paparan individu pada sampul duit)…cepat dia orang buat kerja,” katanya.

Warganet itu juga berkongsi beberapa gambar sampul yang tertera muka Khairul. Dalam satu gambar, ditunjukkan wang RM50 berkenaan.

Khairul menggambarkan hantaran Twitter yang sudah dilihat 96,000 kali, sebagai cubaan jahat mahu merosakkan reputasinya sebagai pemimpin PN di Padang Serai.

“Kenapa saya pergi meraih undi sedangkan kempen belum bermula? Lagipun, tak ada pun yang tahu siapa calon parti,” katanya yang juga ketua Bersatu Padang Serai kepada FMT.

Beliau mengakui ada mengunjungi warga emas terlantar, namun perkara itu bukannya luar biasa.

“Menjadi adat membawa hadiah apabila menziarahi orang sakit. Jadi, adakah salah saya menawarkan sejumlah kecil sumbangan untuk kesejahteraan mereka?” katanya.

Khairul berkata, beliau akan mengambil tindakan perundangan kepada pihak yang membuat hasutan dan kenyataan palsu terhadapnya.

“Juga tidak baik bagi pihak yang mempelawa saya hanya untuk memerangkap saya menggunakan ibunya yang sakit,” katanya

Khairul berkata, beliau akan berterusan menyumbang kepada rakyat di Lunas kerana penduduk mengenali dan mengetahui pendiriannya.

Tiada ulasan: