"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PM minta beri peringatan Saddiq

Pertikai Kabinet bebas rasuah: PM minta Syed Saddiq teliti ucapan
Anwar Ibrahim meminta presiden Muda meneliti ucapannya sebelum ini berhubung Jemaah Menteri bebas rasuah.

Bernama
 
SEKINCHAN: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kenyataannya berhubung prestasi Jemaah Menteri yang bebas rasuah berdasarkan laporan hasil pemantauan pihak berkuasa.

Beliau berkata, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang sebelum ini mempertikaikan kenyataan itu seharusnya perlu meneliti ucapannya yang dibuat berhubung perkara tersebut.

“Syed Saddiq perlu teliti ucapan saya, lapan bulan saya jadi perdana menteri dan dari semasa ke semasa saya ikuti laporan daripada polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terutamanya,” katanya selepas merasmikan program sentuhan agro Madani peringkat Selangor.

Justeru, katanya beliau berpuas hati dan bersyukur tidak ada kes yang menjejaskan integriti barisan Jemaah Menteri bawah pimpinannya.

Sebaliknya, Anwar menasihatkan Ahli Parlimen Muar itu untuk memberi perhatian kepada kes rasuah melibatkan jumlah berbilion ringgit.

“Tanggungjawab saya dalam kerajaan Madani menjaga supaya jangan ada amalan ‘sakau’. Jadi laporan saya itu berdasarkan prestasi lapan bulan yang dipantau rapi oleh agensi penguatkuasaan tanpa mengira kedudukan dan parti termasuk parti kerajaan,” katanya.

Tiada ulasan: