"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Felda: Dulu hapus tanpa salur peruntukan, kini Anwar sempurnakan pemulihan

FMT Reporters 

KUALA LUMPUR: Pentadbiran Anwar Ibrahim menyempurnakan proses pemulihan Felda, yang terkesan selepas ia menghapuskan sejumlah hutang peneroka tanpa penyaluran peruntukan geran kerajaan pada 2021 dan 2022.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menjelaskan jumlah pelupusan hutang itu memberikan impak yang besar kepada aliran tunai dan prestasinya.

Maka, perdana menteri menandatangani perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) pada 26 Jun bagi membantu dan menjamin kelangsungan Felda.

FSRA itu bagi penerimaan pertama geran RM990 juta daripada kerajaan untuk penebusan sukuk.

“Perjanjian itu antara lain memberikan ruang kepada Felda untuk menstruktur semula komitmen kewangan terhadap kadar faedah yang dikenakan serta pemansuhan 80% hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini pada Julai, kerajaan perpaduan mengumumkan peruntukan sehingga RM990 juta setahun bagi membolehkan penebusan semula sukuk, yang antara lain bagi membiayai hapus kira hutang peneroka.

Secara keseluruhan inisiatif pentadbiran Anwar melibatkan bantuan kewangan kepada Felda sebanyak RM9.9 bilion bagi tempoh 10 tahun.

“Felda menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas komitmen bagi menyempurnakan proses pemulihan Felda demi menjamin kelangsungan,” katanya.

Terdahulu, Anwar kemuka sebahagian dokumen FSRA terkait jaminan kerajaan kepada Felda yang ditandatanganinya.

Dokumen itu dikemukakan dalam pertikaian antara beliau dan Muhyiddin, yang bertegas beliau lah yang melupuskan hutang peneroka Felda pada 2021.

Tiada ulasan: