"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengerusi Mada jawab Sanusi: Tiada permohonan keluar Beras Kedah

FMT Reporters

PETALING JAYA: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) mengesahkan tiada permohonan untuk mengeluarkan Beras Kedah, kata pengerusinya Dr Ismail Salleh menepis dakwaan Menteri Besar Sanusi Nor yang usaha itu “dihalang pihak tertentu”.

Susulan itu beliau hairan dan mempersoalkan bagaimana Sanusi boleh membuat dakwaan berkenaan pada sidang DUN Kedah hari ini.

“Menteri besar Kedah sekarang sentiasa prejudis kepada kerajaan madani, setahu saya tidak ada permohonan itu, lalu bagaimana MB menuduh ada pihak tertentu yang menyekat hasrat kerajaan negeri.

“Industri padi beras negara diikat oleh Akta 522 (Akta Kawalan Padi dan Beras) termasuk keinginan kerajaan negeri untuk merealisasikan Beras Kedah,” katanya menurut Berita Harian.

“Kerajaan negeri perlu mohon lesen kepada pihak kawal selia yang menguatkuasakan Akta 522 untuk membuat kilang dan memproses padi dijadikan beras seterusnya hasilkan beras sejahtera.”

Ismail berkata begitu juga kilang padi yang mengeluarkan beras kepada pemborong dan peruncit dengan kerajaan negeri perlu mempunyai lesen.

“Kerajaan negeri hanya perlu mohon sahaja lesen dan ia akan dipertimbangkan oleh pihak kawal selia,” katanya.

Terdahulu, Sanusi ketika menjawab soalan di DUN mendakwa hasrat negeri itu untuk mengeluarkan Beras Kedah cuba dihalang pihak tertentu.

Dakwanya, ada usaha supaya tiada pihak menjual beras kepada Kedah bagi menjayakan perancangan itu.

Tiada ulasan: