"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 cedera terhumban dari 'sotong ride'

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my
 
Permainan 'Sotong ride' yang dipercayai dinaiki mangsa sebelum kejadian. FOTO Ihsan Bomba
Kota Kinabalu: Dua pengunjung cedera selepas 'terhumban' daripada permainan di pesta ria 'funfair' berhampiran Kompleks Sukan Likas, di sini, malam ini.

Dua mangsa lelaki dan wanita dewasa itu dipercayai terjatuh dari permainan 'sotong ride' ketika sedang bergerak.

Beberapa video dan gambar mengenai kejadian itu tular di laman sosial.

Seorang pengguna Facebook menggunakan menulis di ruang komen video tular memaklumkan dia berada di lokasi kejadian dan terkejut melihat kejadian dua mangsa dalam keadaan terbaring.

Dia turut merakam video kejadian itu dan mengatakan rasa simpati kepada kedua-dua mangsa.

"Sebelah kami ja jatuh tadi. Anduk bah kesian, kesiannya terbuang di sini kah?

"Ehhh, seram, kamu mahu main lagi... perempuan dengan lelaki kan," katanya menerusi perkongsian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba I, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.58 malam.

Katanya, sepasukan anggota termasuk pegawai bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

"Operasi tamat jam 9.40 malam," katanya.

Tiada ulasan: