"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lima Adun Bersatu bakal sokong Amirudin?

K PRAGALATH

Ada ura-ura mengatakan lima Adun Bersatu – Perikatan Nasional bakal memberikan sokongan mereka kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurut sumber, kumpulan tersebut akan diketuai oleh seorang bekas pengerusi Bersatu Selangor.

Semakan menunjukkan bekas pengerusi Bersatu Selangor yang merupakan Adun ialah Abdul Rashid Asari.

Abdul Rashid ialah Adun Selat Kelang penggal kedua.

“Mereka bengang kerana pengerusi sekarang (Datuk Seri Azmin Ali) buli mereka dalam mesyuarat Perikatan Nasional,” kata seorang sumber kepada Harapan Daily.

Menurut satu lagi sumber, baki empat Adun yang akan turut menyokong ialah wakil Jeram, Batang Kali, Sungai Kandis dan Dengkil

“Adun Jeram Harrison Hasan sudah jumpa menteri besar,” kata sumber

Muhaimin Harith Abdullah Sani ialah Adun Batang Kali. Wan Dzanahurin Ahmad mewakili Sungai Kandis manakala Jamil Salleh mewakili DUN Dengkil.

Wakil keenam Bersatu yang turut dikatakan akan menyokong Amiruddin ialah Rosnizan Ahmad (Morib).

Walau bagaimanapun beliau dikatakan belum membuat ketetapan.

Persoalan yang timbul dari peralihan sokongan ini adalah apakah ia berlaku kerana peruntukan kawasan.

Kerajaan negeri sudah pun melantik penyelaras kawasan DUN.

Untuk rekod Selangor sudahpun menguatkuasakan enakmen anti lompat parti.

Tiada ulasan: