"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kanak-kanak 12 tahun maut jatuh flat

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui maut selepas terjatuh dipercayai dari tingkat 12 di sebuah flat di Cheras, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Superintendan Ridzuan Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 1.52 petang tadi.

"Pemeriksaan di lokasi menemui seorang kanak-kanak tempatan berusia 12 tahun dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri di atas rumput di bawah blok bangunan flat itu.

"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang berada di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal dilakukan mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden terbabit.

"Siasatan lanjut berhubung kes ini akan diteruskan bagi mengetahui punca kematian mangsa. Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu boleh menghubungi Ketua Polis Balai Cheras Inspektor Toh Chee Haur di talian 03-92050301/302 bagi membantu siasatan," katanya.

Tiada ulasan: