"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TDM siasat kes pegawai kanan cederakan pegawai bawahan

Mohd Roji Kawi
mdroji@bh.com.my

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) menubuhkan Lembaga Siasatan peringkat dalaman bagi mengenalpasti punca kejadian dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan membabitkan seorang pegawai kanannya di Sarawak.

Markas TDM dalam kenyataan hari ini berkata,

lembaga siasatan itu bagi menilai secara profesional dan terperinci berhubung dakwaan itu.

Menurut kenyataan itu, jika terbukti terdapat salah laku dan guna kuasa seperti yang di dakwa, TDM akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan arahan Tentera Darat sedia ada.

"TDM mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan.

"Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan memandang serius dakwaan itu dan akan berusaha mengenal pasti punca kejadian serta tidak akan berkompromi terhadap pelaku jika terbukti bersalah tanpa mengira pangkat dan jawatan," kata kenyataan itu.

Sebagai tindakan, kenyataan itu juga menjelaskan, pegawai kanan berkenaan kini dilepaskan daripada tugas pemerintahan bagi membolehkan TDM melaksanakan siasatan secara telus dan menyeluruh.

Laporan polis yang dibuat oleh pengadu iaitu seorang pegawai TDM pada 3 Mac lalu, sudah tular di media sosial mendakwa pengadu di tampar di bahagian kiri muka dan di tendang di bahagian perut oleh pegawai kanan terbabit sehingga menyebabkan pengadu mengalami kecederaan pada tisu lembut di atas mata dan blunt trauma.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 1 Mac lalu ketika sekumpulan pegawai sedang menjalani latihan peringkat formasi.

Sehubungan itu, TDM berharap semua pihak tidak menularkan laporan berkenaan dan tidak meninggalkan sebarang komen negatif, yang boleh mengganggu proses siasatan sehingga selesai dilaksanakan," katanya.

Tiada ulasan: