"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli perniagaan rugi RM3.5 juta, penjenayah larikan peti besi

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan wanita kerugian kira-kira RM3.5 juta selepas rumahnya di Padang Balang, Kuala Lumpur, dipecah masuk semalam.

Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata mangsa 43 tahun itu membuat laporan hari ini berhubung kejadian kira-kira 10 malam tadi.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebuah peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai kira-kira RM3 juta dilarikan penjenayah.

“Beberapa beg tangan berjenama dan barang kemas milik ahli keluarga turut dilarikan dengan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan kira-kira RM3.5 juta,” katanya menurut Harian Metro.

Menurutnya, suspek dipercayai merosakkan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa.

Beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 untuk membantu siasatan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: