"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Haramjadah punya pengkhianat: Seludup warga asing, 3 pegawai Imigresen ditahan

Mohamed Farid Noh
am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Tiga pegawai Jabatan Imigresen (JIM) dan dua orang awam ditahan kerana meminta dan menerima rasuah, bagi menyeludup warga asing masuk menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), di sini.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, kelima-lima suspek itu membabitkan empat lelaki dan seorang perempuan berusia antara 35 hingga 46 tahun.

Katanya, SPRM Johor dengan kerjasama Unit Integriti JIM Johor telah membawa kepada penahanan tiga orang pegawai Imigresen dan dua orang awam berkenaan, semalam.

"Tiga pegawai imigresen yang bertugas di LTAS dan dua orang awam itu ditahan kira-kira jam 5 petang hingga 11 malam semalam secara berasingan di di Pejabat SPRM Johor dan di Larkin, Johor Bahru.

"Pasukan integriti JIM Johor telah membuat pemeriksaan pematuhan integriti berkala di LTAS dan telah memeriksa telefon bimbit milik pegawai yang sedang bertugas dan telah menjumpai beberapa pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp dalam telefon bimbit pegawai.

"Ia mengandungi penawaran dan penerimaan wang rasuah daripada warga asing yang ingin memasuki Malaysia melalui pegawai-pegawai imigresen berkenaan bagi membantu menerima masuk warga asing tanpa melalui proses dan prosedur yang betul mengikut Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Bil 03 Tahun 2019 dan Akta Imigresen 1956/63," kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

"Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 8.30 pagi tadi bagi mendapatkan permohonan reman," katanya.

Tiada ulasan: