"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyelia pengawal keselamatan cedera ditembak jarak dekat

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my
 LOKASI kejadian seorang penyelia pengawal keselamatan cedera di bahagian badan selepas ditembak pada jarak dekat di Jalan Mokhtar, Kapar, Klang, semalam. FOTO Ihsan Pembaca
LOKASI kejadian seorang penyelia pengawal keselamatan cedera di bahagian badan selepas ditembak pada jarak dekat di Jalan Mokhtar, Kapar, Klang, semalam. FOTO Ihsan Pembaca
Klang: Seorang penyelia pengawal keselamatan cedera di bahagian badan selepas ditembak pada jarak dekat di Jalan Mokhtar, Kapar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu selepas menerima panggilan daripada pihak Klinik Kesihatan Kapar jam 4.54 petang, semalam.

"Siasatan awal dilakukan mendapati mangsa lelaki tempatan berusia 46 tahun yang juga penyelia pengawal keselamatan ditembak di bahagian tangan kanan, rusuk kanan dan bahu kanan.

"Pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian mendapati mangsa ditembak oleh suspek yang menaiki kereta berwarna hitam dari jarak dekat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Vijaya berkata, mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Bertindak atas maklumat diperolehi, beliau berkata, pihaknya menahan lima lelaki berusia lingkungan 40 hingga 45 tahun di sekitar Kapar antara jam 10 malam hingga 1 pagi tadi bagi membantu siasatan.

"Motif kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan M Sathiyaseelan di talian 012-5197913 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Keterangan gambar:

1. LOKASI kejadian seorang penyelia pengawal keselamatan cedera di bahagian badan selepas ditembak pada jarak dekat di Jalan Mokhtar, Kapar, Klang, semalam.

Tiada ulasan: