"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak sampai sehari, bayi 3 bulan meninggal dunia di pusat asuhan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bayi tiga bulan meninggal dunia pada hari pertama dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak di Setia Alam, Shah Alam, Isnin lalu.

Ketua Polis Shah Alam Iqbal Ibrahim berkata bapa mangsa menghantar bayi lelaki itu pada jam 8.30 pagi, namun dua jam kemudian telah dimaklumkan pengurus pusat itu bahawa anaknya tidak sedarkan diri.

Menurutnya, bayi itu disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam selepas usaha menyelamatkannya dan bedah siasat telah dijalankan pada keesokan harinya.

“Pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman,” katanya dalam kenyataan.

Iqbal berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 011-2111 2824.

Tiada ulasan: