"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sultan Sharafuddin meletakkan jawatan sebagai pengerusi MKI

Harapandaily

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) hari ini.

Peletakan jawatannya berkuatkuasa mulai 9 Mac 2024.

Ia mengejutkan pelbagai pihak kerana baru beberapa hari lepas Baginda menghantar lima muka surat murka kepada Presiden Pas, tan Sri Abdul Hadi Awang.

Baginda tidak berhasrat menyambung tugas berkenaan dan menyerahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk memilih seorang pengerusi baru dari kalangan Raja Pemerintah agar kesinambungan fungsi dan aspirasi MKI akan terus dapat dilaksanakan dengan lebih baik di bawah kepimpinan pengerusi baru, menurut laman Facebook Selangor Royal Office.

Baginda menjadi pengerusi sejak 10 Mac 2022.

Baginda turut menegaskan bahawa sepanjang bertindak sebagai Pengerusi MKI, telah menjadi kewajipan Baginda untuk sentiasa mengangkat dan mempertahankan syiar Agama Islam di Malaysia dalam setiap keputusan yang dibuat secara muzakarah.

Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri telah ditubuhkan di bawah kepimpinan baginda.

Tiada ulasan: