"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Johor di bawah UMNO(BN)

indraputra80

Sesuatu yg.aneh lagi pelik, Masjid dan surau sekitar JB,. Kempas.berkeadaan daif. Menyebabkan tidak dapat menampong kehadiran Jemaah terutama pada hari Jumaat.

Dalam Buliten 1.30 TV3 tengah hari, 2hb Mei.10. Adun Kempas, menyatakan kekesalannya, telah membuat permohonan bagi baik pulih Surau dan Masjid berkenaan, walau bagaimanapun sahingga kesaat ini tidak ada sebarang jawapan dan tindakan.

Menteri Besar Johor, yang mengesahkan, kira kira 50 buah Masjid dan Surau memerlukan peruntukan hampir RM100k setiap satu untuk baik pulih.

Amat mendukacitakan Negeri Johor yg.dari dulu, kini di bawah perintah UMNO(BN) rupanya ketinggalan dalam mengimarahkan Masjid dan Surau, berbanding dengan pembangunan lain yang begitu hebat seperti yang di war warkan.

Kepada rakyat Johor, lakukan lah perubahan,

Sudah terlalu banyak kemungkaran, kezaliman, ketidak amanahan pemimpin yang Tuan Tuan pilih selama ini.

Jadikan Kelantan, Kedah dan lain lain Negeri di bawah PR sebagai petunjuk dan pilihan pada PRU13 ini.

Semoga Islam tegak kukuh di Malaysia.

Salam dari rakyat perihatin Selangor DE.

Tiada ulasan: