Aduh!! Maka terkejutlah seluruh Malaysia apabila mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir mendedahkan betapa Malaysia kerugian RM 320 ribu juta apabila menyerahkan 2 kawasan telaga minyak kepada Brunei tanpa mencabarnya di mahkamah dunia. Najib selaku ketua UMNO-AMCO yang baru berjaya meraih sokongan lebih 20,000 pengundi Melayu UMNO Hulu Selangor enggan mengulas sebaliknya mengarahkan orang-orang bawahannya saja menguruskan. Ada 3 rahsia yang tidak kita semua ketahui berhubung penyerahan RM320 billion kepada Brunei ini sebenarnya:
1. Serah RM 320 ribu juta tak merugikan Malaysia!
Begitulah hujah Pak Lah kerana beliau mendakwa kononnya wujud persetujuan bahawa Malaysia akan diberi kebenaran oleh Brunei untuk turut sama membangunkan kawasan tersebut. Inilah antara hujah paling bodoh yang dibawa oleh UMNO.
TAK SAMA memiliki dengan sekadar tolong menguruskan! Contohnya, ada kebun 100 ekar. Kita setuju kebun tu milik aku tetapi kau boleh tolong uruskan. Kedudukan kau hanyalah setakat pengurus bodoh sahaja, aku yang menjadi pemiliknya. Sampai begitu tak cerdiknya UMNO.
Itulah antara sebab pengundi Cina menolak rasuah UMNO pada pilihanraya kecil Hulu Selangor yang lalu. Pengundi Cina yang reti mengira sedar bahawa khazanah negara yang dikaut UMNO jauh lebih banyak dari sedekah dan ehsan yang ditaburkan oleh UMNO-Apco.
2. Kita kena hormati jiran.
Begitulah Malaysia. Rakyat Kelantan dan Terengganu dinafikan hak mendapat royalti minyak dan dilayan bagaikan pengemis apabila menuntut hak ke atas minyak di kawasan sendiri.
Tiba-tiba, Malaysia dengan mudah menyerahkan telaga minyak bernilai RM 320 billion kepada Brunei. Sebelum ini, Malaysia sudah melepaskan Batu Putih kepada Singapura dalam apa yang disifatkan oleh Rais Yatim sebagai 'win-win situation'.
Nampaknya, benarlah pepatah 'anak monyet dihutan disusukan, anak sendiri dibiar mati kelaparan!'
3. Malaysia negara UMNO
Selaku sebuah negara yang diperintah oleh UMNO tindakan UMNO menyerahkan 2 telaga minyak bernilai RM 320 billion ini mengsahkan kehebatan UMNO selaku parti pemerintah yang mampu berbuat apa sahaja yang diingininya. Ahli UMNO seumpama Pak KAdok yang 'menang sorak kampung tergadai'.
RM 320 billion tu banyak mana sebenarnya?
Duit PTPTN yang budak-budak graduan berhempas pulas kena bayar balik tuh (RM30,000 seorang) boleh dihalalkan kesemuanya.
Tol di jalanraya boleh dimansuhkan sepenuhnya.
Cukai pintu, dan pelbagai jenis cukai boleh dimansuhkan juga.
Puluhan malah ratusan rumah anak yatim boleh dibina.
Peluang pekerjaan boleh dibuat untuk ratusan ribu rakyat Malaysia.
Buku teks percuma dan pendidikan percuma sehingga tahap universiti boleh dibuat.
Kesemua ini tidak berlaku kerana UMNO BODOH MENGURUSKAN NEGARA.
Apa pun, asalkan sedikit fulus masuk ke poket, sedikit berita perkauman disebarkan berita UMNO, sedikit isu agama dibakar dan direka, maka melompat-lompatlah penyokong Melayu UMNO dan akan taat setialah mereka kepada UMNO.
Bagi penulis pula, benarlah kata Tengku Razaleigh bahawa golongan profesional Melayu semakin lari dari Malaysia yang semakin korup. Dengan berat hati, penulis mengambil keputusan menerima saja tawaran bekerja secara permanent di luar negara yang menawarkan suasana kerja bebas tekanan dan penganiayaan politik dengan gaji lebih 5 ganda berbanding di Malaysia. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan