"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dialog Interlok kementerian pelajaran 'panas'

Kementerian Pelajaran hari ini menganjurkan dialog tertutup berhubung novel Interlok dengan menghimpunkan beberapa pihak yang bertelingkah pendapat.

Antara terlibat wakil MIC, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan ahli akademik dari pelbagai universiti awam.

Dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi, mesyuarat yang bermula jam 9 pagi di Putrajaya itu sehingga kini (12.30pm) masih berlangsung.

Ini adalah pertemuan pertama seumpamanya dianjurkan sejak tercetus hujung tahun lalu.

Setakat ini, tidak pasti sama ada akan terdapat kata sepakat dalam dialog panjang itu.

Bagaimanapun, bahangnya dijangka apabila terdapat peserta yang keluar sebentar dari bilik tempat dialog berlangsung sambil berjenaka kepada beberapa pemberita.

"Panas," katanya sambil bergegas kembali menyambung dialog.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: