Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Jan: Beberapa nama pengundi Cina dikesan dalam senarai pemilih Felda Tenang yang mana peneroka di situ sendiri tidak mengenali mereka.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, jika ia senarai lama yang 'tersilap' tentu ia melibatkan pengundi saluran satu sahaja, tetapi turut tersenarai pengundi muda.
“Sekurang-kurangnya setakat dikesan kira-kira 20 orang pengundi Cina dikesan di Felda Tenang,” tulisnya di dalam blog.
Justeru, beliau mempersoalkan apa sebenarnya yang berlaku dan SPR harus tampil memberikan penjelasan.
Tambahnya, penemuan itu adalah hasil gerak kerja kecil yang dilakukan pihaknya termasuk berjumpa dengan para pengundi sebelum hari penamaan calon pada 22 Januari ini.
Menurutnya, nama pengundi berkenaan dikesan terdapat di Peti Undi Felda Tenang iaitu antara peti undi dalam Dun Tenang.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh rakyat Malaysia yang bertanggungjawab diharapkan dapat memeriksa nama dan nombor kad pengenalan dan memastikan tempat mengundi didaftar.
“Terlalu banyak nama dialihkan tanpa sedar, nama hilang dari senarai malah lebih parah lagi ada nama yang tak dikenali tetapi wujud dalam senarai pemilih dan ada pula 'orang tertentu' yang datang mengundi bagi pihak nama itu,” ujarnya yang lebih dikenali dengan CheguBard.
Untuk membaca lanjut berhubung perkara itu, pembaca boleh klik http://chegubard.blogspot.com/2011/01/pengundi-cina-dalam-felda-tenang.html
1 ulasan:
Terdapat Pendaftaran 20 nama pengundi CINA didalam kawasan Felda MENGESAHkan bahawa ada TINDAKAN pemalsuan,Pemindahan daftar pengundi sesuka hati ketempat membuang undi kekawasan lain dan mengacau bilaukan daftar pendaftaran pengundi.
Dilapurkan diKedah usaha2 tersebut diatas dijalankan oleh pegawai2 Jabatan Pendaftaran Negara yang bersekongkol dengan pegawai2 SPR sejak beberapa bulan yang lalu..!!
Adalah dipercayai bahawa ini adalah STRATEGI BN-UMNO untuk memenangi PRU 13,yang dijangka tahun ini sekitar Mei/Jun 2011..!!
Ini dipercayai di laksanakan seluroh NEGARA bagi menyusahkan dan mengelirukan RAKYAT,apabila datang waktu mengundi nanti....
Strategi ini adalah satu PENIPUan dan Pengkhianatan,jika ia benar2 berlaku.DiCADANGkan Pakatan melapurkan perkara ini dan mengambil Tindakan Undang2 keatas Penipu2 dan Pengkhinat2 DEMOKRASI negera kita..!!
Juga dicadang semua pengundi meMERIKSA daftar pengundi mereka sebelum PRU 13,bagi menentukan Penipuan ini dan diperiksa dan dilapurkan keSPR agar dapat biperBETULkan dengan secara segera dan MENYELUROH...!!!
JADI lah PENGUNDI yang BIJAK..!!
SELAMATKAN DEMOKRASI MALAYSIA..!!
Catat Ulasan