"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi: Hamzah sekadar ‘selingan’, terus tumpu pemerintahan PN

Joel Shasitiran

SERDANG: Ancaman bahawa Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin akan mendedahkan surat yang didakwa daripada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution meminta keputusan pemilihan parti itu dibatalkan nampaknya tidak begitu diambil berat oleh pemimpin tertinggi PKR.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyifatkan amaran Hamzah sekadar “selingan” di celah-celah “tumpuan sebenar” terhadap negeri-negeri bawah pemerintahan Perikatan Nasional.

“Hamzah cuba nak alih perhatian rakyat,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran IPR-Intan di Universiti Putra Malaysia petang tadi.

Malah, Rafizi dan Saifuddin berbincang panjang mengenai ancaman itu. “Saya beritahu Saifuddin jangan risau.”

Hamzah yang juga bekas menteri dalam negeri minggu lalu mendakwa Saifuddin memintanya membatalkan keputusan pemilihan PKR 2022 selepas tewas dalam pemilihan timbalan presiden.

Pada pemilihan Mei tahun lalu itu, Rafizi menewaskan Saifuddin dengan kelebihan undi yang besar.

Saifuddin menafikan dakwaan itu, dengan berkata jika mahu membatalkan keputusan pemilihan itu, beliau boleh melakukannya ketika menjawab surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia berkenaan aduan yang diterima.

Rafizi berkata masyarakat ingin tahu tentang dakwaan rasuah dan penggelapan di negeri-negeri diperintah PN, termasuk dakwaan salah guna kuasa dan sogokan dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) secara haram di Kedah.

“Kita tumpu pada bagaimana REE boleh dieksploitasi sedangkan tiada lesen, dan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor menulis kepada Hamzah ketika beliau menjadi menteri dalam negeri untuk bawa masuk warga China bagi mengusahakan REE,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuahn Malaysia menahan seorang pegawai kanan kerajaan Kedah bagi membantu siasatan berkait perlombongan REE.

Tiada ulasan: