"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inilah calon kerajaan perpaduan di Parlimen Kuala Terengganu

FMT Reporters
Azan Ismail diumumkan sebagai calon di PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan PRN enam negeri 12 Ogos. (Gambar facebook)
PETALING JAYA: PRK Kuala Terengganu akan ditandingi calon PKR, Azan Ismail.

Perkara itu diumumkan Presiden Anwar Ibrahim pada dalam ucapan Malam Pengumuman Calon PKR, di Padang Awam MBSA, Shah Alam.

PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan selepas kemenangan calon PAS, Ahmad Amzad Hashim dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya negeri susulan pihak pempetisyen berjaya membuktikan wujud unsur rasuah ketika kempen PRU15.

Pada PRU15 lalu, Amzad mempertahankan kerusi Parlimen itu yang dimenangi pada PRU14 dengan majoriti 40,907 undi menewaskan tiga calon lain.

PRK Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan serentak dengan PRN enam negeri pada 12 Ogos, dengan penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Tiada ulasan: