"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Dato Malik’ ditahan SPRM

Elill Easwaran
Sumber berkata Abdul Malik Dasthigeer ditahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Abdul Malik Dasthigeer, atau lebih dikenali sebagai “Dato Malik” telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

Sumber yang rapat dengan individu itu berkata, dia ditahan awal pagi ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

“Dia masih disoal siasat SPRM dan masih belum dibebaskan,” kata sumber itu.

Sumber dari SPRM turut mengesahkan perkara itu, sambil berkata Malik sedang disoal siasat oleh pegawai agensi antirasuah itu

Malik ialah pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies, yang terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, dan Malik Streams Production & Distribution.

Beliau dikenali kerana membawa masuk artis dari India untuk membuat persembahan konsert Tamil di Malaysia.

Tiada ulasan: