"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Disyaki minta RM1 juta, pegawai kanan kerajaan Kedah direman berkait REE

FMT Reporters
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman seorang lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Sumber berkata penahanan pegawai kanan kerajaan Kedah itu dibuat di pejabat SPRM Alor Setar, Kedah, 8 malam tadi.

“Lelaki yang berusia 50an disyaki meminta wang rasuah berjumlah kira-kira RM1 juta daripada seorang pemilik syarikat.

“Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 26 Julai telah dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif selepas SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Alor Setar pagi ini,” katanya.

Katanya, secara keseluruhannya seramai empat suspek telah ditahan SPRM termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI), pengarah syarikat dan pembantu kepada pemilik syarikat bagi membantu siasatan.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009.

SPRM pada 19 Julai, menahan ketua pegawai eksekutif MBI dan pengarah syarikat itu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa berkait aktiviti perlombongan REE berjumlah lebih RM13 juta.

Pada 21 Julai, pembantu kepada pemilik syarikat yang direman sebelum ini, ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Tiada ulasan: