"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bantu syarikat keluarga dapat projek, penjawat awam, isteri direman 3 hari

Bernama
Sepasang suami isteri direman tiga hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dalam proses mendapatkan perolehan kerja melibatkan nilai ratusan ribu ringgit. (Gambar Bernama)
KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri direman selama tiga hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dalam proses mendapatkan perolehan kerja melibatkan nilai ratusan ribu ringgit.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Suspek yang juga penjawat awam berusia 30-an disyaki mengesyorkan syarikat milik ibu bapanya yang diuruskan oleh isterinya berusia 40-an, bagi mendapatkan perolehan kerja di sebuah jabatan kerajaan di Terengganu sejak 2019.

Pasangan itu masing-masing ditahan pada 6 petang dan 3.30 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri.

Dalam operasi semalam SPRM juga berjaya merampas beberapa kenderaan mewah milik pasangan tersebut yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang disiasat dan semuanya dianggarkan bernilai lebih RM100,000.

Tiada ulasan: