"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat nelayan ditemu dalam perut buaya

Bernama
Pasukan SAR membelah perut buaya yang membaham mangsa. FOTO Ihsan Bomba
TAWAU: Pencarian seorang nelayan warga emas hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita pada Rabu lalu, berakhir dengan penemuan mayat lelaki itu dalam perut seekor buaya.

Ketua Bomba Tawau Jemishin Ujin, berkata operasi mencari mangsa, Addi Bangsa, 60, dilakukan bersama Jabatan Hidupan Liar.

“Pada hari keempat operasi, pasukan Perhilitan menjumpai seekor buaya yang dipercayai membaham mangsa dan bertindak menembak haiwan itu seterusnya membelah perutnya lalu mendapati benar terdapat mangsa di dalam perut haiwan itu.

“Pengecaman identiti mangsa dilakukan oleh ahli keluarganya dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau Primus Lambut, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan buaya jantan dianggar seberat 800kg serta berukuran 4.26 panjang itu ditembak awal pagi tadi di kawasan laut, kira-kira 1.5km dari lokasi mangsa dilaporkan dibaham buaya.

“Kami telah menerima maklumat daripada pihak bomba pada hari kedua operasi dan mengarahkan anggota supaya membantu operasi pencarian,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan kehilangan nelayan itu disedari ahli keluarganya kira-kira 4 pagi, Rabu lalu.

Tiada ulasan: