"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

REE: 10 exco Kedah dipanggil SPRM

FMT Reporters

PETALING JAYA: Sanusi Nor berkata 10 exco kerajaan negeri dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kes rasuah dan salah guna kuasa kecurian unsur nadir bumi (REE).

Menurut menteri besar Kedah itu, beliau jangka akan dipanggil memberi keterangan sejurus semua exco tersebut berbuat demikian.

“Saya belum lagi (dipanggil SPRM) tetapi semua exco Kedah sudah dipanggil. Saya pun hairan sebab belum pernah lagi setiap seorang exco dipanggil untuk mengesahkan minit mesyuarat exco,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata demikian di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Sanusi ketika mengulas lanjut memaklumkan, sebahagian Exco telah dikunjungi SPRM dan sebahagian lagi dalam masa terdekat.

“Sudah ada exco telah beri keterangan, ada yang belum lagi. Semua proses itu dilakukan di sini (Alor Setar), hari ni ada, esok pun ada. Saya mungkin selepas itu lah,” katanya.

Pada 20 Julai, SPRM mengesahkan sudah memanggil 12 saksi berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian REE di Kedah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, semua saksi dipanggil itu sudah dirakam percakapan bagi membantu kertas siasatan.

Pihaknya juga menjangkakan akan ada lagi saksi dipanggil untuk dirakam percakapan termasuk Sanusi.

Sehari sebelum itu, SPRM menahan ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah bersama seorang pengarah wanita sebuah syarikat bagi membantu siasatan membabitkan nilai rasuah lebih RM13 juta.

Suspek masing-masing berusia 40 dan 63 tahun itu ditahan masing-masing di Alor Setar, Kedah dan di ibu negara.

Pada Isnin, seorang lagi pegawai kanan Menteri Besar Kedah ditahan anggota penguatkuasa SPRM selepas menahan seorang pembantu kepada pemilik syarikat, menjadikan keseluruhan tangkapan kini seramai empat orang.

Tiada ulasan: