"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hobi pelik 'melekat' di dinding

Agensi
AKSI kanak-kanak yang memanjat dinding untuk menonton televisyen. FOTO AgensiAKSI kanak-kanak yang memanjat dinding untuk menonton televisyen. FOTO Agensi
Beijing: Tular di media sosial China mengenai aksi kanak-kanak perempuan digelar 'Spider-Girl' yang mempunyai hobi pelik iaitu menonton televisyen sambil 'melekat' di dinding.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, ibu kanak-kanak berkenaan berkata, bakat luar biasa anaknya itu terbongkar selepas melihat kamera litar tertutup (CCTV) diletakkan di ruang tamu rumahnya.

Rakaman itu menunjukkan anak perempuannya berusia lapan tahun memanjat sudut antara dua dinding, dari sofa, sebelum kelihatan 'bersantai' di situ.

Video yang dimuat naik pada 9 Julai lalu menunjukkan kanak-kanak itu boleh menyilangkan tangan ketika menonton televisyen dari tempatnya bersandar di dinding itu, seakan menentang daya graviti.

Ketika berbuat demikian, seorang lagi ahli keluarganya dengan tenang terus menonton televisyen dan sama sekali tidak terpengaruh dengan aksi budak itu.

Ibu kanak-kanak itu yang menggunakan nama @Ruxiangsuisu menerusi platform Douyin mendedahkan tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu sehingga mereka melihat rakaman CCTV.

Menurut wanita itu, anaknya sentiasa mempunyai sedikit keberanian dalam dirinya.

Netizen ternyata kagum dengan rakaman berkenaan, dengan sebahagiannya menuntut penjelasan bagaimana dia mampu melakukan aksi itu.

Ia kerana bentuk fizikal kanak-kanak itu yang kecil dan dinding yang berjubin.

Ibu kanak-kanak itu yang menetap di Pulau Pingtan, di luar wilayah Fujian di tenggara China berkata, bandar pantai itu mempunyai iklim lembap, yang menjadikan badan anaknya lebih melekit.

Keluarga itu memilih jubin untuk melindungi dinding itu daripada kulat.
-hmetro 

Tiada ulasan: