"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Debat Ekonomi Malaysia' Rafizi - Azmin, Astro AWANI tawar pentas

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Astro AWANI sedia menerbitkan debat antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan bekas Menteri Kanan Kluster Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail telah mengemukakan surat jemputan debat tersebut kepada kedua-dua pihak.
"Dengan segala hormatnya, Astro AWANI berbesar hati untuk menganjur dan menerbitkan debat bertajuk ‘Debat Ekonomi Malaysia’ di antara dan YB Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali," menurut Ashwad di dalam surat tersebut.

Dalam surat tersebut turut dinyatakan tarikh cadangan, namun, masih menunggu persetujuan tarikh daripada kedua-dua pihak.

Rafizi ketika menyampaikan ceramah Jelajah Madani di Sri Tanjung, Port Dickson pada Selasa, telah mencabar Mohamed Azmin berdebat mengenai ekonomi Malaysia sekiranya pemimpin Perikatan Nasional itu berani.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, cabaran berdebat tersebut bagi membuktikan rekod Mohamed Azmin ketika menjadi Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri lebih baik berbanding Kerajaan Perpaduan sekarang.

Tiada ulasan: