"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zahid Hamidi: 'Salahuddin berjuang selesaikan masalah rakyat hingga ke hujung nyawa'

Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan negara kehilangan seorang pemimpin yang hebat dengan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub malam tadi

Menerusi catatan di laman Facebook, Ahmad Zahid berkata Allahyarham merupakan seorang rakan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan yang sangat beliau hormati, berperwatakan rendah diri, sentiasa komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Sehingga hujung nyawa beliau prihatin dan terus berjuang memikirkan kesejahteraan rakyat. Negara kehilangan pemimpin hebat.

“Marilah bersama kita berdoa semoga Allah SWT merahmati beliau dan memberikan kesabaran kepada seisi keluarga atas kehilangan ini,” katanya yang berdukacita dengan perkhabaran pemergian Salahuddin pada 9.23 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Berita pemergian Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram itu disahkan oleh anak beliau iaitu Siti Fatihah di laman Facebooknya malam tadi.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi laman Facebook beliau turut merakamkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

“Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh… amin,” katanya yang turut berdukacita.

- Bernama

Tiada ulasan: