"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penjual bunga terima bungkusan berisi kemaluan lelaki

KOSMO!
Kotak itu diletakkan di luar kedai bunga tersebut. - Jam Press
BANDAR RAYA MEXICO – Seorang penjual bunga di Mexico terkejut apabila dia menerima bungkusan berisi zakar manusia di luar kedainya, lapor akhbar New York Post semalam.

Kotak misteri berunsurkan ugutan itu dihantar ke kedai bunga Roses de Los Mochis di tengah Los Mochis, barat laut Bandar Raya Mexico awal bulan ini.

Kotak itu pada awalnya disyaki berisi bahan letupan jadi polis tempatan meminta skuad bom untuk menyiasat.

Selepas melakukan beberapa ujian, mereka mengesahkan bahawa kotak itu mengandungi sekeping surat dan dihantar bersama kalungan bunga pengebumian.

Surat itu tertera mesej: “Refleksi tindakan anda. Jadi anda boleh mendapat pengajaran dan jauhi urusan saya.”

Pihak berkuasa bagaimanapun masih belum berjaya mengenal pasti pengirim bungkusan itu. – Agensi

Tiada ulasan: