"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis cari lelaki warga asing hendap pekerja kedai serbaneka

Malaysiakini

Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing disyaki menghendap seorang pekerja kedai serbaneka di Taman Sri Serdang dekat Kuala Lumpur, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP AA Anbalagan berkata suspek dikatakan sering memerhati dan mengganggu wanita itu di tempat kerja termasuk pada 22 Julai lepas kira-kira 11 pagi. 

Katanya kejadian hendap itu dipercayai telah bermula sejak awal tahun ini dan menyebabkan emosi pengadu terganggu serta bimbang akan keselamatan dirinya.

“Difahamkan suspek bekerja sebagai pencuci kereta berhampiran tempat pengadu bekerja.

“Suspek dikatakan telah berpindah tempat kerja baharu pada April lepas tetapi masih datang mengganggu pengadu di tempat kerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan atas kesalahan menghendap yang membawa hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

- Bernama

Tiada ulasan: