"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes buli atlet: Pengetua antara 3 dirakam percakapan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis sudah merakam percakapan pengetua dan dua pelajar lain dalam kes buli seorang pelajar Tingkatan 3 yang juga atlet sukan sepak takraw.

Ketua Polis Ipoh, Yahaya Hassan, berkata ibu mangsa membuat laporan Isnin lalu mendakwa anak lelakinya berusia 15 tahun dibuli seorang pelajar Tingkatan 5 beberapa kali di asrama sekolah.

“Pelajar yang membuli mangsa itu telah dikenal pasti dan diarahkan pihak sekolah supaya tidak menetap di asrama sementara menunggu siasatan dalaman selesai,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata, mangsa berasal dari Kuala Lumpur itu mengalami kecederaan tisu lembut akibat dipukul dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera dan kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat untuk dirujuk kepada timbalan pendakwa raya bagi arahan lanjut.

Sebelum ini, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah dilapor mengesahkan pelajar sebuah sekolah sukan di Kinta cedera akibat dibuli.

Mangsa difahamkan ditendang dan dipijak pelajar senior.

Tiada ulasan: