"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sindiket rasuah: ‘Datuk’ ditahan, rampasan wang tunai RM38 juta, emas 200kg

FMT Reporters 
Wang tunai, emas dan kereta mewah disita dalam operasi besar-besaran oleh enam agensi penguat kuasa, Isnin lalu.
PETALING JAYA: Pasukan Petugas Agensi-agensi Penguatkuasa Malaysia (MATF) merampas wang tunai RM38 juta dan emas seberat 200kg dianggarkan bernilai RM60 juta dalam operasi besar-besaran terhadap sindiket melakukan pelbagai jenayah, Isnin lalu.

Sindiket itu terlibat dalam rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.

Sumber berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengetuai operasi pasukan itu turut  menyita 17 kereta mewah berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes-Benz.

Menurutnya, turut ditahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Siasatan dibuat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967.

Operasi itu dijalankan dengan kerjasama polis, imigresen, kastam, Bank Negara (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Cyber Security Malaysia (CSM).

Tiada ulasan: