"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar: Dakwaan ada komplot tangkap, kita kenal Sanusi macam mana

FMT Reporters

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim menggambarkan Sanusi Nor terkenal membuat “teori baharu” mengulas dakwaan menteri besar Kedah berhubung plot menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya dirancang sejak enam bulan lalu.

Perdana menteri berkata, pemimpin PAS itu sememangnya diketahui sikapnya.

“Saya tidak perlu ulas kerana itu urusan polis. Kita kenal dia macam mana dan setiap hari beliau ada teori baharu,” katanya menurut Berita Harian ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Felda, Gua Musang.

Pada 18 Jul, Sanusi ditahan polis pada 3 pagi, sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua tuduhan hasutan terhadap raja.

Sanusi bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan tersebut. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948.

Hakim juga melarang Sanusi membuat komen berhubung kes itu.

Pada 20 Julai, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, berkata Sanusi juga akan dipanggil berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Malam tadi, ketua pengarah pilihan raya Perikatan Nasional dalam ceramahnya mendakwa plot menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya dirancang susulan maklumat “rakannya” memberi amaran tindakan akan diambil atas kritikan terbukanya terhadap pihak tertentu.

Katanya, untuk keselamatan beliau menyimpan pistol dalam kereta 24 jam bersama dua kelopak diisi 14 peluru setiap satu sebagai langkah berjaga-jaga kerana “bimbang” menjadi mangsa perbuatan jahat.

Tiada ulasan: